Thursday, April 18, 2013

Kenapa Semua Wanita Perlu Premium Beautiful?


 

Assalamualaikum semua..hari ni fairuz nak share tentang kebaikan memakai korset Premium Beautiful..yelakan..produk bagus..haruslah kita share sesama..tak baik sorok-sorok ye tak? tambahan ilmu panas lagi br ja dapat MASTER  2 minggu lepas hihi.. kalu korang nak tahu Premium Beautiful ni ada F.I.R. Apa benda F.I.R.tue???  F.I.R tue Far Infrared Ray .. atau bahasa melayunya di sebut Infra Merah Jarak Jauh dimana ia bagi kesan yang baik untuk badan kita. Jom kita tengok serba sikit kesan F.I.R kat tubuh kita
 
Kesan F.I.R. Ke Atas Rahim Dan Vagina Setiap Wanita:


* Membantu mengangkat dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal
* Membantu merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim
* Membantu merawat keputihan dan masalah haid yang tidak teratur
* Membantu melembapkan jalanan di dalam vagina tanpa merengsakan
* Membantu menghalang jangkitan pada vagina dan pundi (bladder)
* Membantu menjadikan dinding dan pintu vagina anda lebih elastik dan ketat semulajadi
* Menambah dan mengaktifkan cairan semulajadi di dalam faraj, menjadikan anda wanita yang paling istimewa kepada suami.



Kesan F.I.R. Ke Atas Payudara Wanita:


* Dapat mencairkan susu lama yang telah lama beku di dalam payudara. Susu beku telah diketahui adalah akar-umbi kepada 'cyst' dan boleh mencetuskan sel-sel kanser
* Membantu membanyakkan penghasilan susu (sesuai untuk ibu-ibu menyusukan anak pada jangka masa yang lama)
* Membantutkan sel-sel kanser pada payudara
* Mencerahkan warna puting payudara
* Menegangkan payudara
* Membetulkan postur payudara
* Membentuk payudara agar lebih sesuai mengikut size badan









Kesan Waist Nipper Ke Atas Tulang Belakang Wanita:


* Menegakkan tulang belakang anda
* Membetulkan posture anda
* Membaiki kedudukan tulang anda dengan betul
* Seterusnya Anda Tampak Tinggi Lampai seperti model
* Apabila anda berdiri, duduk, rukuk, berjalan anda berada pada kedudukan tegak sentiasa
* Tanpa rasa kesakitan sedikit pun, malahan tanpa sedar, anda sebenarnya sudah tampak segak dan tinggi.

 
 
 
 
 

Jadi, sebagai seorang wanita tak nak ke jaga kesihatan diri kita?Tak nak ke mencegah kanser sebelum sakit? haa haruss lah kan kita jaga semua tuu.tak rugi pun tau..stakat ni  fairuz pakai PB da kurang sakit belakang tau..Alhamdulillah kann??
 
dan


 
wanita yang baru bersalin amat DIGALAKAN utuk pakai PB nie sebab :
 
*Mengeluarkan ANGIN dalam badan
*Mengecutkan dan memperkemaskan semula RAHIM yang mengembang semasa mengandung
*Menarik dan merapatkan semula TULANG PINGGUL yang mengembang semasa proses bersalin
*Menyegarkan badan yang lesu dan letih akibat sepanjang proses melahirkan bayi
*Mengeluarkan darah nifas yang BEKU dan BERKETUL-KETUL dengan lancar
*Mengeluarkan segala sisa kotoran dan air bisa (menggantikan PROSES TANGAS) dari rahim
*Menyokong (menyengkak) rahim dari jatuh
*Menyihatkan rahim dan memberi persediaan untuk proses persenyawaan seterusnya (menyeimbangkan semula hormon estrogen dan progestron)
*Menghilangkan STRETCH MARK akibat semasa mengandung atau menggaru perut kerana kegatalan (stretch mark)
*Menghangatkan dalam badan dan tidak perlu menggunakan bahan2 seperit param, tapel dan pilis
*Melancarkan proses pembuangan air besar (sembelit terjadi apabila memakan jamu)
*Membanyakkan susu dan mengelakkan bayi dari cirit-birit akibat pemakanan jamu
*Merawat luka-luka di dalam rahim mahupun di luar
*Menaikkan metabolisma badan. membantu mengurangkan berat badan dgn cepat
*Membentuk semula payudara, pinggul dan posture badan yang menarik
*Wanita bersalin 'ceasarian' (kerana tidak boleh bertungku,makan herba dan 
sebagainya) paling digalakkan memakai Premium Beautiful untuk menyihatkan semula rahim anda dan mengelakkan buncit di bawah perut.

 
 
 
 


 


Seperti kata bidan kampung fairuz,kalu nak kurus cepat,mengandung n bersalin balik. Huhu...(berat kot nooo...) so yg sedang mengandung tue cepat-cepat 'book' ngan fairuz. dah 'deliver' nt fairuz g rumah untuk 'fitting' k. xrugi wa cakap luuu.... lifetime warranty lagi.
 
 
 
Call/WhatsApp fairuz ok
free gift utk yg beli cash/credit card
yg nak buat ansuran pun boleh
jangan segan-segan ya
 
011-286 88 786
 
sms
017-4666047
 
love,
fairuz shuid


Thursday, April 4, 2013

Amalan Zikir Harian

Assalamualaikum uollss.
 Hari nie fairuz nak share amalan zikir harian yang boleh kita amalkan.
 Zikir ini merupakan amalan Imam Ghazali, moga di bukakan barakah Ilahi mohon syafaat para Nabi .
 

ZIKIR HARI JUMAAT
YA ALLAH … YA ALLAH … YA ALLAH

~ Allah akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan merasa kelazatan zikrullah.

ZIKIR HARI SABTU

LAA ILA HA ILLALLAH

~Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan hamba yang memujinya.
ZIKIR HARI AHAD

YAAHAIIYU YAA QAIYYUUM

~ Memperolehi harta yang banyak dan berkat semasa hidup kita.

ZIKIR HARI ISNIN

LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA
HIL A’LI YIL A’ZIM

~ Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepadanya.

ZIKIR HARI SELASA

ALLAH HUMMA SOLLI A’LA MUHAMMAD WA A’LAA
AALII MUHAMMAD

~ Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasulullah di dunia dan di akhirat.

ZIKIR HARI RABU

AS TARG FIRULLAH HAL A’ZIM

~Setiap kali di baca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberikeampunan hambaNya.
ZIKIR HARI KHAMIS

SUBHA NALLAH HIL A’ZIMI WA BI HAMDIH

~ Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi Allah.


 
Love,
Fairuz
0174666047/011-286 88 786
 
*sumber mr gugel
 
 
 




Monday, April 1, 2013

Amalan Murah Rezeki

Assalamualaikum sahabat dikasihi sekalian..
Harinie Fairuz nak catatkan 20 amalan murah rezeki yang kita boleh amalkan. catatan ini untuk rujukan fairuz pada masa-masa  akan datang,InsyaAllah..
Diambial dari FB Ustaz Azhar Idrus

 1. Menyempatkan diri beribadah Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah... dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “…(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
 Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi  Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim  Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.”(Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud) Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha  Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)