Monday, April 11, 2016

Wednesday, March 12, 2014

Oh tidakk!!

Dah macam diary plak blog aku nie. Sorry lah yerk kalu siapa yang tak suka apa aku merapu nie. Plss get lost! :p
Mengambil konsep lawan kebiasaan diri so aku berjaya cakap kat sini dlo. Hijihi...lantaklah kan. :p
Harinie marah diri sendiri. Camna lah aku leh silap tarikh exam nie. Hurrmmm.... buang masa,tenaga serta duit ringgit aku kat jalan ja. Waaa... sangat tak masuk akal aku nie!!!

Saturday, March 1, 2014

Belajar untuk suka

Dah Lama tak merepek n merapu kann.. Harinie tera$a ada masa sikit nak buat entry nie. Lagipun Pakai hp ja...
Start mlm nie fairuz cabar diri utk suka pada suatu yang fairuz tak suka. Apa2 ja.. Contoh : suka diam bila kn marah. Cabaran : lawan balik (cara positif laaa..) eh...silap.
Cth : Tak suka becakap time tgh stress
Cabaran : cakap atau luahkan rasa stress.
      Contoh no 2 :-
Tak suka gaduh walopun hak kita diambil
Cabaran : sukakan diri utk fight smp dpt blk hak sendiri.
Soooooo fairuz..... GOOD LUCK!
andddddd....
Wish me luck okeh!

Pssstttt》alamak!taKtau camna nak up gambo :p

Saturday, December 28, 2013

Siapa disekeliling kita menggambarkan siapa kita.

Assalamualaikum uollzz..

kat sini Fairuz nak kongsikan apa yang fairuz baca kat  1 blog nie. Untuk renungan diri fairuz sendiri dan kita semua. Kalau dapat amalkan nie memang TERBAIKLAHH... mesti takan ada sikap menyalahkan orang dah lepas nie.

Sebab Fairuz selalu  terfikir,apalah salah akukan sampai aku terima keadaan begini.Kenapa orangbuat aku camnie? Aku dah buat yang terbaik dah, Kenapa aku mesti terima semua nie? So sekarang dah ada jawapannya. Ubah diri kita untuk ubah persekitaran kita. (maksudnya tak cukup baik lah tuee...:P )

Dalam blog tue bagitau. Banyak pendapat menyatakan siapa orang sekeliling kita itu adalah gambaran siapa diri kita. Siapa suami kita adalah cermin diri kita. Siapa anak-anak kita adalah bagaimana mereka melihat kita. Siapa kawan-kawan kita adalah bagaimana kita melayan mereka. Kalau terlebih layan pun lain jadinya,ahakzzz...

kesimpulan diatas memberi maksud buruknya perangai suami kita adalah gambaran buruknya perangai kita. Baiknya suami kita itu gambaran bahawa baiknya kita. Sebab tue orang kata suami itu cermin utk isteri dan isteri itu cermin bagi suami. Itulah! sama lah tuee... Buruk anak-anak adalah gambaran bagaimana buruknya anak-anak melihat kita, baik anak-anak adalah gambaran bagaimana mereka melihat baiknya kitaSebab tulah Prof Dr Muhaya selalu kata..kalau nak marah anak-anak sebenarnya marah diri sendiri sebab mereka adalah apa yang kita corakkan. (so pas nie kena cool,relekz n steady  kalau nak berbicara atau nak ajar diaorang.. huhu INSYAALLAH AKU PASTI BOLEH) sambung,sambung.. Maknanya baiknya seorang kawan itu adalah bagaimana layanan baik kita terhadap mereka..buruknya kawan kita adalah bagaimana buruknya layanan kita terhadap mereka. Hurmmm...tapi kalu nak berbaik dengan yang berlainan jantina kena berhati-hati tau!. Untuk yang bujang oklah, tp untuk yang ada suami atau isteri tue kalau tak tahan daulat tak payah lebih-lebih sangat. kang terbabas..poning plak nak mikior. Kang fairuz plak disalahkan.. huahaha selingan jaaa..jangan marah noo

Sebenarnya ini adalah panduan untuk kita sendiri menilai kelemahan diri kita yang tidak pernah sempurna. Alangkah bagusnya jika setiap dari kita dapat jadikan kata-kata ini sebagai panduan supaya kita dapat memperbaiki diri kita sendiri tanpa sentiasa menyalahkan orang lain. kann??

Dalam erti kata lain, masalah takan datang jika kita tidak bermasaalah.Penceraian takan berlaku jika kita tidak inginkanya. Anak-anak tidak akan kurang ajar kalau kita pandai mengajar. Kawan-kawan pasti baik kalu kita memang orang yang baik. Dengan kata lain, baikilah diri dan hati kita untuk mengubah orang disekeliling kita.(tetiba terngiang-ngiang lagu ct nurhaliza :P)

APA? SUSAHHH??? Memeylah..kalau mudahnya hati dan perbuatan kita nie mengikut setiap apa yang kita nak mestilah semua kita nie baik-baik belako, betul tak?  Sesuatu yang baik memang susah..sesusah camna fairuz nak pastikan yang fairuz dapat tulis dan amalkan apa yang fairuz tulis dalam buku ' JURNAL INSPIRASI' Dr Muhaya. Huahahahah...kan dah terpecah rahsia :P Tapi kalau kita dapat buat dan amalkan mesti semuanya akan baik-baik belako kann? (My wish : Buat jurnel diri tanpa gagal)

Oklah. Harap apa yang fairuz coretkan dan kongsikan ini dapat kita amalkan bersama.

Happy dailling,Happy calling 
(saja nak share ayat yang fairuz dengar hari-hari) :P




Muaahhh...
love uollzz..


Tuesday, November 19, 2013

GLAM DINNER

Salam uollss..

Teruja sangat buat entry kali nie. Yalah dah lah sekian lama menyepi n berpisah dengan my toptop nie akhirnya dapat gak urut-urut dia. hehii...

 Berbalik pada keterujaan fairuz buat entry nie,nak tau napa? sebab daku teruja ngan GLAM dinner 2 minggu sudah. Jelez toksah katalah sebab takleh nak join (ada urusan lain yang tak dapat elak :(...)

Bengkek ja hati bila tengok kawan-kawan biz upload gambar diaorang masa ulangtahun company yang ke 21 + majlis makan malam GLAM, tema HOLLYWOOD lagi uolls..

GLAM nie kalu majlis apapun mesti happening,mesti biz-biz partner n leader-leader semua vouge da vas..makeup pun dari makeup artis yang ada nama. Paling teruja bila ada majlis apapun tak sabar nak tengok baju sifu-sifu  kitaorang. Sebabnya kebanyakan sifu-sifu nie tempah kat designer-designer hebat kat malaysia tau. Tgk ja lah nt..dasat-dasat uollss... Tengok baju my leader CDM Shaliza Aziz dah lah,santik sangat.

Yalah kan,buat biz penat-penat mestilah nak rewardkan diri kann. Bila lagi nak melaram, time event-event camnielah nak bergaya 'artis'...takan p kenduri kahwin nak makeup tebal n pakai baju dasat-dasat,kang orang kata buang tabiat tak pun tak sodar diri, ahakzzz... :P

So, korang yang join our group akan merasa melawa setiap masa k. maksudnya kalu dlo fairuz rasa time kahwin ja lah paling lawa...orang tolong makeup,tolong boh tudung tolong segala-galalahh... Tapi bila dah join group THE DIAMOND CIRCLE (TDC) by CDM Shaliza Aziz  dibawah bimbingan GLAM nie merasalah jadi permaisuri lebih pada sekali. Ahakzz... apapun memang  jelez tahap angkasa sebab tak dapat join majlis kali nie. Next time wajib join okehh!!.. Apapun jom layanzzzzz......


Tema Hollywood night okeh!



Candy Buffet by CDM Sha & team

My mummy @ CDM Shaliza Aziz with husband
dress by RizmanRuzaini 
Makeup by chikathedivas

The Diamond CirCle Group (tdc) 

Antara GLAM Lelaki.. sporting habis kann??.. cer bayang kalu kita buat biz nie ngan husband n wife, mesti meriah.



TDC utara lead by Eida idris orang yang kenalkan GLAM pada fairuz. Thankz Eida

Time nie CDM Raz wat suprise utk CDM Hanis ( Founder GLAM)

GLAM dipimpin oleh pasangan muda tapi berjaya membawa GLAM dikenali bukan sahaja di malaysia okeh!. Kitaorang ada GLAM singapore,GLAM Brunai, GLAM Qatar  so dimana sahaja anda dialu-alukan untuk join our group. Hebat kan? Di usia 24 tahun income CDM Hanis menjangkau 6 angka sebulan. Very admire her.


Nie antara barisan CDM dalam GLAM. OPppss..lupa nak bgtau.  GLAM Dinner nie actually untuk meraikan para Crown Diamond Manager (CDM) dalam GLAM and my mummy@Shaliza Aziz antara orang yang diraikan malam tue..  Kak ija nie buat biz setahun setengah ja untuk capai pangkat tertinggi dalam biz nie. kalu dlo keja bank sekarang dah leh jadi surirumah dengan income yang dasat..(fairuz ada citer pasai kak ieja sblm nie)  Dasat kann??? Nak capai pangkat CDM nie, usahawan perlu capai min sales RM2,000,000. Tengok cam banyak kan? tapi dalam GLAM semuanya diajar and mainly kitaorang guna sosial media dalam jalankan biz nie so takdak istilah ketuk-ketuk pintu rumah orang k.





Difahamkan selain dari lucky draw ada gak Best Dress Competition utk lelaki dan wanita. Hadiah memang best-best lah. Dalam GLAM korang memang akan dapat hadiah hebat-hebat. Sebab tue lah GLAM nie HEBAT. Semua pun nak yang Hebat jaa... hihi. Fairuz nie kalu tak join GLAM tak tau pun pasai Longchamp, Amilio Pucci,Kate spade dan macam-macam lah nak sebut pun tergeliat lidah. hahhaaa...


Gambar bawah ialah pemenang untuk best dress. Diaorang yang di shortlist kn buat catwalk atas pentas. Selain dr baju yang cantik,diaorang dipilih berdasarkan character. So, masa catwalk nie macam-macam gaya keluar. Dengar my friends cerita memag lawak habis. Jurinya mestilah our founder CDM Hanis Haizi dan CDM Razali Zain. Sporting habis!

Teruja kan tengok gambar-gambar nie?. Bayangkan kalu korang dalam event camni?. Alhamdulillah bila duduk dan dikelilingi oleh orang yang berjaya dan sentiasa bagi tunjuk ajar.

So, untuk korang yang tercari-cari business yang sesuai dengan tunjuk ajar berterusan dan modal yang rendah. Do contact me. Be part of GLAMpreneur.

Together We Achive More


salam sayang,

 Fairuz shuid
011-286 88786

 * credit untuk kak ija atas gambar-gambar yang menarik